Profesor Madya Yew Weng Kean, Pemenang Sulung Emas eSukan

Siapa sangka pemenang pingat emas dalam acara eSport merupakan seorang profesor.

Beliau ialah Dr. Yew Weng Kean yang merupakan Profesor Madya dalam bidang tenaga.

Beliau mengakui kejayaan menewaskan wakil Thailand, Popan Werit 3-1 dalam acara Hearthstone bukanlah perkara yang mudah.

Ia memerlukan beliau melakukan kebangkitan selepas ketinggalan pada set pertama.

Dr. Yew Bangkit pada set berikutnya, dan kekal fokus. Fokus yang tinggi akhirnya membantu beliau menewaskan lawannya, Popan Werit.

Dipetik daripada sumber BERNAMA beliau berkata:

“Sebenarnya pada Sukan Sea kali ini, perjalanan saya bukan mudah. Saya ketinggalan pada awalnya tetapi saya bangkit daripada kekalahan itu sehingga dapat pingat emas.”

Beliau turut merakamkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang telah menyokongnya.

“Saya gembira dapat mewakili dan menyumbang emas buat negara. Saya ucapkan terima kasih dengan peluang ini dan saya berpuas hati dengan persembahan saya,” katanya.

Tahniah dan kami berbangga dengan anda prof!

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email